Saturday 21 May 2011

hari sukan sekolah Dato' Mufti Yusof Sahabuddin

satu yg mendebarkan aritu..
tarikh : 14 mei 2011
lokasi berlari : stadium Kuala selanGor
waktu : 7.30-4.00 ptg
guru terlibat : pengara besar ~ cekgu hafiz,cekgu fairuz,cekgu ain,cekgu nurul
                     guru jurulatih yg keletihan : cekgu riduan,cekgu padil,cekgu anas,cekgu farah,cekgu aini
                     termsk la saya cekgu zana yg gonjeng...

mendebarkan jgk penantian hari tu..penuh dgn satu pengharapan..sarat dgn dorongan dari warga SRAI D'MYS..sblm ari sukan..bdk2 tu dh tido dkt sekolah..diorg dtg pkl 10.30 mlm..termasok jgk la cekgu..
msg2 x ley tido..biasa la tu..knk2 ern..hermm..dan yg pasti..diorg kene ckp tido sbb esoknya dh fully attention utk acara sukan diorg..
~100 m
~200 m
~4 x 100 m
~4 x 200 m
~lompat pagar ngan lompat jauh
~lontar peluru bkn lempar peluru..
esok paginye..msg2 dh kene bgn awal utk gerak pkl5..aley2..bas x smpi jgk..lps azan subuh ktorg semayang skali..senangg..gerak pkl 6 lebey camtu la...smpi sane...pkl 7 15 amto la..aq pn x tgk jam sgt..sebaaaabbb..mmg x dak jam..huooo.. star pkl 8..acara dh mule...cekgu2x..dh start sebok tgk anak buah msg2..jgn smpi ade yg terlepas...hermm.....ni antara pic yg sempat diambik..

photographer : - cekgu farah saleh..
                       - cekgu asmaniza
                       - cekgu zanaaaaaaaaaaa...



olahragawati peringkat negeri 2011


johan 4 x 100 m bwh 11 thn



...::: it's me :::...



peserta 4 x 100 m bwh 12 thn


cekgu2 gonjeng.. + naqal


bla..blla..bla.n blablabla..



cekgu asmaniza..sama saye..cekgu zana
 itu saje..utk ni..hari gur punye..pic tomorrow update..huhuhu..
akhirnya..sekolah kite sebenarny boleh cungkil bakat student sek kite wlupun kite bar..kan>>hurmmm
for the last word...
thanx a lot :
warga sukan 
Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusof Sahabuddin

Tuesday 3 May 2011

mangkuk-madu-rambut

Pada suatu hari Rasulullah SAW. bersama-sama Saidina Abu Bakar r.a., Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pergi menziarahi Saidina Ali r.a. di rumahnya. Kedatangan mereka bertiga disambut dengan senang hati oleh Saidina Ali r.a. dan isterinya Saidatina Fatimah r.a.

Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah r.a. menghidangkan madu kepada ayahandanya serta kawan-kawan karibnya. Madu itu diletakkan dalam sebuah mangkuk yang amat cantik. Semasa membawa mangkuk berisi madu itu kepada mereka, tiba-tiba sehelai rambut jatuh ke dalam mangkuk tersebut. Semua yang ada hanya memerhatikan keadaan tersebut.

Tiba-tiba Rasulullah SAW meminta semua sahabat yang hadir untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Maka para sahabat yang ada memberikan pandangan masing-masing.

Saidina Abu Bakar r.a. berkata : "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Umar r.a. berkata : "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Uthman r.a. pula berkata : "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan orang yang beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Ali r.a. pula berkata : "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu rasa gembira sehingga pulang ke rumahnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Saidatina Fatimah r.a. pula mengatakan : "Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang menutup auratnya itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Rasulullah s.a.w. pula mengatakan : "Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibrail a.s. pula berkata : "Menegakkan panji-panji agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha-usaha agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Allah SWT kemudian berfirman : "Syurga-Ku lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
copy from blog ~the4th engineer..ibn razi ~

Bila diteliti pandangan-pandangan sahabat, Fatimah dan Rasulullah SAW dalam kisah diatas, terserlah peribadi dalam diri masing-masing. Tutur kata yang penuh dengan hikmah untuk dihayati umat akhir ini. Renunglah pendapat-pendapat para sahabat besar itu tentang mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Pasti terdapat banyak pengajaran sebagai pedoman kita menjalani kehidupan.Apa pandangan kita pula ?will we able to strive 4 mardhatillah...?http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225469_142896905783620_100001899346409_285237_6549767_n.jpg